ONLINE HELP
1. VIDEO TUTORIAL PENDAFTARAN USER/VEHICLE DI WEBSITE MDRA
Link youtube -->> https://youtu.be/e4XUEqrpfak
2. VIDEO TUTORIAL PENDAFTARAN PESERTA EVENT DI WEBSITE MDRA
Link youtube -->> https://youtu.be/zrLtxBD6ljI
3. NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI BAGI PERTANYAAN LANJUT :-
- MDRA HOTLINE +60199948800 (wasap.my/60199948800)
- En. Fadhil di talian +60169890004 (wasap.my/60169890004)
Panduan pendaftaran website MDRA
- Sekiranya ada belum mendaftar username di website MDRA, klik pada ikon register di website MDRA (www.mdra.org.my). Seterusnya daftarkan username anda dengan memasukkan IC/No kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
- Seterusnya anda boleh pergi ke menu utama – my dashboard dan pilih my profile kemudian – edit – untuk update profile picture anda. Profile picture ini akan digunakan sebagai data bagi driver/joki untuk rekod kenderaan di bawah pendaftaran anda.
- Selesai memasukkan gambar profile anda, sila ke bahagian My vehicle untuk mendaftarkan kenderaan lumba ada (motor/kereta). Sila pilih kategori yang berkenaan dan masukkan Nama kenderaan anda (Nombor plate atau nama projek kereta. Contoh WEV8888, SANGSURIA, KATAKPISE dan sebagainya). Nama ini akan digunakan semasa anda hendak mendaftar kenderaan ni kemudian semasa ingin menyertai mana2 event melalui pendaftaran website MDRA. Sila pastikan nama kenderaan anda adalah unik dan senang diingat.
- Pada bila-bila masa, anda boleh mengemaskini maklumat peribadi/profile anda seperti gambar diri anda sendiri yang terkini dan juga gambar kenderaan anda yang terkini.
- Untuk pendaftaran event, anda perlu pergi ke menu utama dan memilih event yang semasa (masih dibuka pendaftaran) dengan klik pada register di dalam halaman event tersebut. Anda perlu login terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan memasukkan data pendaftaran kenderaan lumba anda di dalam halaman event.
- Sila masukkan nama kenderaan anda di ruangan nama kenderaan (auto search – drop down). Sekiranya anda belum memasukkan data kenderaan lumba anda, anda perlu memasukkannya terlebih dahulu. Sekiranya data kenderaan anda sudah ada di dalam sistem MDRA, anda hanya perlu memasukkan nama kenderaan dan seterusnya masukkan nama driver/joki anda menggunakan step yang sama seperti memasukkan nama kenderaan (auto search driver/joki).
- Untuk ruangan tuner buat masa ini belum lagi dibuka. Dan apabila ruangan untuk tuner ini dibuka nanti, anda boleh update bila-bila masa data pendaftaran anda.
- Kemudian proceed dengan klik pada button ‘proceed to complete’ dan seterusnya pergi ke ruangan update payment. Buat masa ini, sistem pembayaran online secara FPX masih dalam pembinaan. Jadi anda perlu bankin ke akaun yang berkenaan dan upload salinan bankin slip di ruangan order.
- Sekiranya anda mempunyai kesulitan, boleh berhubung dengan padil atau suhaimi. TQ
Sekian, Terima Kasih.